Pas telah memuktamadkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia ke-63 di Alor Setar pada Khamis.